Rabu, 17 Oktober 2012

Tabahlah Hati

Tabahlah hati
Andai pelangi yg kau harapkan
Tidak seindah warna2 ceria yg terpapar
Warna2 itu mampu menceriakan hatimu
Tetapi lama mana ia bertahan?
Mentari panas pasti dtg
Dan menghalau indahnya pelangi
Yg membuai jiwamu

Tabahlah hati
Andai kata-kata yg dilemparkan
Bagai belati tajam
Yang merobek dan menyiat setiap inci dirimu
Tenggelam dikau dlm tangisan yg berpanjangan
Mengharap mutiara jernih itu mampu meredakan gelora dirimu

Tabahlah hati
Andai dikau merasakan sakitnya tidak bertepian
Geloranya bagai tidak kan berakhir
Sesak menghela nafas bagai segalanya terbuku di dirimu selama ini
Hanya terluah dgn tangisan
Tiada kata2 yg mampu mententeramkan mu..

Tabahlah hati
Telah kau berikan dirimu sepenuhnya
Mengharap dikasihi dan disayangi setulusnya
Mengharap dibelai, disanjung dan dihargai
Mengharap kasih yg dicurahkan tiada terhenti

Benarkah kata yg diucapkan?
Beserta makna atau hanya melampiaskan kemarahanmu?
Sesungguhnya, hati ini tidak mampu menerima kata itu buat kesekian kalinya
Telinga ini bagai bernanah mendengar kata itu
Sungguh hati ini hancur, berderai

Aku sedar diriku tiada sempurna
Penuh kekhilafan dan kecanggungan
Mengharap utk dibimbing dan diajar dgn kasih syg
Menerima seadanya aku
Aku sentiasa berusaha menjadi yg terbaik dan teristimewa

Tapi jika tiada kau rasa keistimewaan itu
Dimanakah dudukku?
Dimanakah letakku?
Apalah erti diriku?

*air mata bagaikan tiada henti*

Tabahlah hati
Allah sentiasa merencanakan yg terbaik untuk hambaNya
Percayalah...
Permata dihadapanmu cukup indah
Mampu membuatmu tersenyum dikala dirimu rawan
Jalan yang terbentang pasti bahagia untukmu
Jika derita yg kau tempuh? Pasti ada sinar bahagia menantimu
Allah maha Adil

Tabahlah...
Hiduplah..
Senyumlah..
Bersyukurlah..

*terima kasih air mata menjadi peneman setia..*

- Posted using BlogPress from my iPhone

2 ulasan:

Nia_alJunid berkata...

am::
nape sedih sgt ni..kau ok ke?

kaSih.CinTa.GadiS berkata...

Thanx dear friends...

Ada yg smpai sms & qol tny am ok ke x? *terharu*

I'm ok.. Nothing to be worry. nukilan jd extraaaa sedih lps tgk Ain reject Adam Mukhriz! Hahaha... Jd emo xtentu pasal. (^_^)

Anyway great to have u oll such as lovely friends!!