create your own banner at mybannermaker.com!
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker
Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Khamis, 15 November 2012

Nervous!

Salam semua..

Hal nie aku dh share kt FB. Thanx pd kwn2 yg m'doakan kesejahteraan aku.

Dis week aku dh genap 36w. Rs culas, cuak, sebu perut, contraction #ehtetiba! Hahaha.. Btol, bila mlm aku rs false contraction. Mula lah gelabah nak qol kaSih bagai.. Tp tahan perasaan. Bila pg dh xde pape. Hahaha..

Td ada gak chatting ng "kawan lama" kt whatsapp. He's a doc. used to be admirer gile kt dia. Hakhak! Tny opinion dia, dia ckp mmg kena czer gak kot dis time, unless aku terberanak awal dr jangkaan. Sbb my scar is too young.

Maka.. Aku redha.. Mebi rezeki nak beranak ramai cm Kak Ngah aku (ank ada 7org beb.. Skrg planning nk bukak IUCD sbb nk tmbh yg ke-8!! Fuhh.. Respek!!) xkesampaian la buat aku.. Maximum 4. Tu pon tgk lps doc operate dis time, cmner ghupenyer kt dlm tuh. Klo ok, br la leh menambah. Klo idok, hny kuasa Tuhan yg menentukan.

So, esok aku g check up kt HKL dgn redha hati seikhlas2nya klo doc wat keputusan utk czer aku. Cuma aku xbrp nak ikhlas klo doc tahan aku kt wad. Aku nak dok umah.. Nk abeskan masa ng bdk Ipan nie ha... Sepuas2nya sblm adik dia kuar nnt.

Dhla dia dh pndai jalan. Terkedek2 ke sana sini. Suka plak buat muka chomel
Bila org marah/snap gmbr dia. Pndai amek hati.. Main2 kesana sini, pastu dtg kt kita, cium kita.. Mmmmbbbuaahhhh!! Hamek kau air liur dia. Hahaha.. Gigi tumbuh lg 2 sblh bwh..make it total to 8 teeth. Alahai anak.. Geraaaaammmm taw!!!

Okla.. Hope korg doakn yg terbaik utk aku. Moga Allah mmbalas budi baik kalian yg sudi mendoakan aku.

Jom layan pic Irfan.. (^_^)




Muka budak nakal!!


Bonda, jom jalan2....!!


Posing sexy u ollls...!!


Pantang ada flash...!!!


Geng botol susu tumpas!


- Posted using BlogPress from my iPhone

Rabu, 7 November 2012

Ya Allah.. Permudahkan urusan sahabat2ku

Salam semua

AidilAdha thn nie agak meresahkan buat aku. Not certainly on me, tp pd sahabat2 aku.. More to say BFF.
Sehari sblm Aidil Adha, aku dikejutkan dgn berita pemergian arwah ayah Sheera (BFF since UNITEN). Dlm kol 11pg. Kami mmg tau arwah dlm keadaan kritikal dsbbkn kanser hati. Arwah menghembuskan nafas terakhir lebih kurang jam 9++ pagidi hospital Prince Court dan disempurnakan di Masjid Asy-Syakirin KLCC. Aku xsempat nak ke sana, tp terus ke Kajang sbb Sheera ada di rumah.

Sesampai di sana, sebak hati melihat sahabat aku menangis di tepi katil arwah bersama 2org lg adik perempuannya. Aku, Aini & Eva bersama2 ke sana. Alhamdulillah, sempat jugak bacakan senaskah Yassin utk arwah. Sebelum asar, jenazah dibawa ke masjid kajang utk sembahyang sekali lagi dan disemadikan di tanah perkuburan kajang.

Aku doakan ko tabah Sheera. Ko kena kuat utk adik2 dan mak ko. Klo ko rs xbermaya, kami sentiasa ada utk ko. Aku turut merasai kesedihan ko sbb nasib kita serupa. Sedekahkan Al-Fatihah & Yassin utk arwah. Hny itu tanda kasih sayang kita yang dpt disampaikan kepadanya.



BFF since UNITEN (LTR: aku, Eva, Elly, Sheera, Aini. Xde dlm gmbr- Ct)

Selepas AidilAdha, pagi Isnin, sekali lagi dikejutkan berita sedih dari Che'Ziela (BFF dr Form 1, SMKASL). "Sunshine" nya telah meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya pd ptg Ahad smlm. Arwah dlm perjalanan pulang dr kampung, Pahang menuju ke Nilai. AllahuAkbar! Berat sungguh dugaan mu Che'Ziela..

Diorg dh berkawan hampir 10bln dan insyAllah arwah&Che'Ziela berhajat untuk meneruskan perhubungan mereka kpd yg lebih serius. Che'Ziela pulak barulah pertama kali merasai manisnya alam bercinta. Bila dh smpai stage sebegini, tetiba dugaan ini pula yg hadir.

Khabarnya, arwah mmg xbrp sehat pd hari tu. Tp tetap blk ke Nilai kerana ada class pd Isnin esoknya. Dlm perjalanan, arwah terbabas msk ke longkang. Mungkin terlalu penat menunggang motor dlm keadaan yg xberapa sihat. Alhamdulillah, ada insan yg membantu dan menghantar arwah ke hospital. Namun, Allah lebih menyayanginya. Lebih kurang jam 7++ ptg, arwah di jemput pulang ke rahmatullah.

Syukur jugak fon nyer xhilang. Che'Ziela terima sms dr fon arwah mengatakan yg arwah telah meninggal dunia dan mohon sedekahkan AlFatihah dr kwn2 arwah. (Msg yg diforward kesemua phonebook arwah oleh ank sedare nya). Terkejutla che'Ziela..!! Isnin pg Che'Ziela terus berangkat ke Pahang berpandukan jalan yg diberikan oleh ayah arwah. Sempatla che'Ziela menatap wajah arwah buat kali terakhir.

Kepada Che'Ziela.. Aku juga doakan agar ko tabah melalui ujian ini. InsyAllah, perancangan Allah jauh lebih baik kerana Dia Maha Mengetahui segalanya. Pasti ada hikmah yg tak terjangkau akal kita untuk memikirkannya. Sekurang2nya, Allah telah memberikan kemanisan pd ko bersama dia walaupun hanya sementara. Sedekahkan lah AlFatihah&Yassin kpd dia. Setinggi mana kasih ko kpdnya, Allah lebih menyayanginya.



BFF since Form 1 (LTR: Che'Zila, Ayu Iena, -xde dlm gmbr: Diana)

Aku jugak dikejutkan dengan keadaan mak Maz (BFF since form 4, TIKL) yang disahkan menghidap kanser payudara at stage 4. Ms raya AidilFitri, dh beraya umah Maz sbb ms tu tau Mak xberapa sehat, sbb sakit kt tulang belakang. Tp lps raya, bila follow up sbb sakit tu, terkejut bila doc sahkan sakit Mak disebabkan kanser payudara. Sel kanser dh merebak ke paru2 dan tulang belakang (if i'm not mistaken).

2-3mggu lalu, sempat pegi ziarah mak kt HUKM. Sempat sembang2 ng mak sekejap. Ms tu mak belum buat kimo. Mak dok kt wad tulang. So, aku yg peknen + menggendong si kecik Irfan nie, dptla visit Mak. Pegi sesama dgn Ed&Noreen. Sembang2 kejap je, pastu Mak tido. Nmpk mak pun sgt letih.
Ptg td Maz qol, bgtau mak dlm keadaan kritikal. Skrg di wad ICU HUKM. Oh.. Aku pulak yg panik bila dgr Maz dh nanges2 kt fon. Lps terputus fon, aku tros whatsapp Nad, ajak pegi ke HUKM lps Nad blk keje. nad pun okay je, tros pick up aku then shoot tros ke HUKM. Tp dsbbkn hujan dan jem gilos, kitorg smpai dh lebih dr waktu melawat. Dh xdpt msk tgk Mak lg. Xpelah, yg penting dpt jupe Maz, peluk2 dia, calm her. InsyAllah tghari esok Nad ajk visit Mak skali lagi.

Mak Maz nie org nyer sgt ceria, dan dia sgt rapat ng kami, kwn anak2nya. Kitorg nie dh mcm ank2 dia jugak. Apa2 acara kitorg, nikah ke, kawen ke, Mak Maz mesti dtg! Aku bersalin kt hKL aritu pun Mak dtg visit. Sbb tulah rs sedih bila mak sakit cmnie.

Maz, be strong. Doa byk2. Kitorg pun akan doakan Mak supaya lekas sembuh dan kembali ceria seperti dulu. Mcmana kitorg rindu kt Mak, ko mest lg rindu! Kita doa sama2, moga Allah perkenankan doa kita semua! U'll always have us by ur side k?



Gambar Mak dlm keadaan kritikal - dr FB Ayong, (kakak Maz)



Doc mskkan saluran pernafasan untuk Mak.. Ya Allah, Kau permudahkanlah segalanya. Sembuhkanlah Mak.. Jgn biarkan dia derita.



Maz dan Mak on AidilAdha.. Dr blog Ayong - Pinky Momma.



Gambar Mak ms wedding Maz, 2009 kot?

Dat's all.. Buat kwn2 yg membaca, mohon sedekahkanlah AlFatihah buat arwah (Ishak -bapa Sheera & Rosmaini - bf Che'Ziela).. Juga titipkan doa buat Pn.Sharipah yg sedang berjuang melawan penyakitnya. Moga Allah membalas budi baik kalian.

***Blog updated: dpt qol at 4.30am, Mak Maz dh kembali ke rahmatullah. Patutla mata nie xdpt nak lelap dr td. Ya Allah.. Kuatkanlah hati sahabtku. Kau tempatkanlah Arwah dikalangan para ahli syurgaMu. Al-Fatihah.

- Posted using BlogPress from my iPhone