Rabu, 7 November 2012

Ya Allah.. Permudahkan urusan sahabat2ku

Salam semua

AidilAdha thn nie agak meresahkan buat aku. Not certainly on me, tp pd sahabat2 aku.. More to say BFF.
Sehari sblm Aidil Adha, aku dikejutkan dgn berita pemergian arwah ayah Sheera (BFF since UNITEN). Dlm kol 11pg. Kami mmg tau arwah dlm keadaan kritikal dsbbkn kanser hati. Arwah menghembuskan nafas terakhir lebih kurang jam 9++ pagidi hospital Prince Court dan disempurnakan di Masjid Asy-Syakirin KLCC. Aku xsempat nak ke sana, tp terus ke Kajang sbb Sheera ada di rumah.

Sesampai di sana, sebak hati melihat sahabat aku menangis di tepi katil arwah bersama 2org lg adik perempuannya. Aku, Aini & Eva bersama2 ke sana. Alhamdulillah, sempat jugak bacakan senaskah Yassin utk arwah. Sebelum asar, jenazah dibawa ke masjid kajang utk sembahyang sekali lagi dan disemadikan di tanah perkuburan kajang.

Aku doakan ko tabah Sheera. Ko kena kuat utk adik2 dan mak ko. Klo ko rs xbermaya, kami sentiasa ada utk ko. Aku turut merasai kesedihan ko sbb nasib kita serupa. Sedekahkan Al-Fatihah & Yassin utk arwah. Hny itu tanda kasih sayang kita yang dpt disampaikan kepadanya.



BFF since UNITEN (LTR: aku, Eva, Elly, Sheera, Aini. Xde dlm gmbr- Ct)

Selepas AidilAdha, pagi Isnin, sekali lagi dikejutkan berita sedih dari Che'Ziela (BFF dr Form 1, SMKASL). "Sunshine" nya telah meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya pd ptg Ahad smlm. Arwah dlm perjalanan pulang dr kampung, Pahang menuju ke Nilai. AllahuAkbar! Berat sungguh dugaan mu Che'Ziela..

Diorg dh berkawan hampir 10bln dan insyAllah arwah&Che'Ziela berhajat untuk meneruskan perhubungan mereka kpd yg lebih serius. Che'Ziela pulak barulah pertama kali merasai manisnya alam bercinta. Bila dh smpai stage sebegini, tetiba dugaan ini pula yg hadir.

Khabarnya, arwah mmg xbrp sehat pd hari tu. Tp tetap blk ke Nilai kerana ada class pd Isnin esoknya. Dlm perjalanan, arwah terbabas msk ke longkang. Mungkin terlalu penat menunggang motor dlm keadaan yg xberapa sihat. Alhamdulillah, ada insan yg membantu dan menghantar arwah ke hospital. Namun, Allah lebih menyayanginya. Lebih kurang jam 7++ ptg, arwah di jemput pulang ke rahmatullah.

Syukur jugak fon nyer xhilang. Che'Ziela terima sms dr fon arwah mengatakan yg arwah telah meninggal dunia dan mohon sedekahkan AlFatihah dr kwn2 arwah. (Msg yg diforward kesemua phonebook arwah oleh ank sedare nya). Terkejutla che'Ziela..!! Isnin pg Che'Ziela terus berangkat ke Pahang berpandukan jalan yg diberikan oleh ayah arwah. Sempatla che'Ziela menatap wajah arwah buat kali terakhir.

Kepada Che'Ziela.. Aku juga doakan agar ko tabah melalui ujian ini. InsyAllah, perancangan Allah jauh lebih baik kerana Dia Maha Mengetahui segalanya. Pasti ada hikmah yg tak terjangkau akal kita untuk memikirkannya. Sekurang2nya, Allah telah memberikan kemanisan pd ko bersama dia walaupun hanya sementara. Sedekahkan lah AlFatihah&Yassin kpd dia. Setinggi mana kasih ko kpdnya, Allah lebih menyayanginya.



BFF since Form 1 (LTR: Che'Zila, Ayu Iena, -xde dlm gmbr: Diana)

Aku jugak dikejutkan dengan keadaan mak Maz (BFF since form 4, TIKL) yang disahkan menghidap kanser payudara at stage 4. Ms raya AidilFitri, dh beraya umah Maz sbb ms tu tau Mak xberapa sehat, sbb sakit kt tulang belakang. Tp lps raya, bila follow up sbb sakit tu, terkejut bila doc sahkan sakit Mak disebabkan kanser payudara. Sel kanser dh merebak ke paru2 dan tulang belakang (if i'm not mistaken).

2-3mggu lalu, sempat pegi ziarah mak kt HUKM. Sempat sembang2 ng mak sekejap. Ms tu mak belum buat kimo. Mak dok kt wad tulang. So, aku yg peknen + menggendong si kecik Irfan nie, dptla visit Mak. Pegi sesama dgn Ed&Noreen. Sembang2 kejap je, pastu Mak tido. Nmpk mak pun sgt letih.
Ptg td Maz qol, bgtau mak dlm keadaan kritikal. Skrg di wad ICU HUKM. Oh.. Aku pulak yg panik bila dgr Maz dh nanges2 kt fon. Lps terputus fon, aku tros whatsapp Nad, ajak pegi ke HUKM lps Nad blk keje. nad pun okay je, tros pick up aku then shoot tros ke HUKM. Tp dsbbkn hujan dan jem gilos, kitorg smpai dh lebih dr waktu melawat. Dh xdpt msk tgk Mak lg. Xpelah, yg penting dpt jupe Maz, peluk2 dia, calm her. InsyAllah tghari esok Nad ajk visit Mak skali lagi.

Mak Maz nie org nyer sgt ceria, dan dia sgt rapat ng kami, kwn anak2nya. Kitorg nie dh mcm ank2 dia jugak. Apa2 acara kitorg, nikah ke, kawen ke, Mak Maz mesti dtg! Aku bersalin kt hKL aritu pun Mak dtg visit. Sbb tulah rs sedih bila mak sakit cmnie.

Maz, be strong. Doa byk2. Kitorg pun akan doakan Mak supaya lekas sembuh dan kembali ceria seperti dulu. Mcmana kitorg rindu kt Mak, ko mest lg rindu! Kita doa sama2, moga Allah perkenankan doa kita semua! U'll always have us by ur side k?



Gambar Mak dlm keadaan kritikal - dr FB Ayong, (kakak Maz)



Doc mskkan saluran pernafasan untuk Mak.. Ya Allah, Kau permudahkanlah segalanya. Sembuhkanlah Mak.. Jgn biarkan dia derita.



Maz dan Mak on AidilAdha.. Dr blog Ayong - Pinky Momma.



Gambar Mak ms wedding Maz, 2009 kot?

Dat's all.. Buat kwn2 yg membaca, mohon sedekahkanlah AlFatihah buat arwah (Ishak -bapa Sheera & Rosmaini - bf Che'Ziela).. Juga titipkan doa buat Pn.Sharipah yg sedang berjuang melawan penyakitnya. Moga Allah membalas budi baik kalian.

***Blog updated: dpt qol at 4.30am, Mak Maz dh kembali ke rahmatullah. Patutla mata nie xdpt nak lelap dr td. Ya Allah.. Kuatkanlah hati sahabtku. Kau tempatkanlah Arwah dikalangan para ahli syurgaMu. Al-Fatihah.

- Posted using BlogPress from my iPhone

6 ulasan:

ELLY berkata...

sebak baca citer ni...semoga diorg tabah dlm m'hadapi ujian ni & semoga arwah2 ditempatkan dlm golongan org2 yg beriman...

kaSih.CinTa.GadiS berkata...

Amin... Thanx Elly!

juelee berkata...

sedey sgt bila tahu... aku nk g ziarah tp ada kursus p[ulak airtu, tak sempat nak g.. masa sebelum mak maz kimo sempat jumpa.. tak sangka sgt.. harap maz trabah

kaSih.CinTa.GadiS berkata...

InsyAllah Jue.. Kita sesama doakan utk mak maz dan jugak maz&family. Moga kuat menghadapi dugaan nie.

Nas berkata...

Salam...

Al-Fatihah... Sedihnya baca..=( Semoga semuanya diberi kekuatan dari Allah...Insyaallah...

linda musa berkata...

cerianya mak dlm gmbr mak masa kawen sy tu...senyuman tu yg sy rindu..pelukan dia yg sy rindu..dia kawan baik saya..tempat mengadu susah senang...terpandang2 senyum dia..teringat2 baring dgn dia...am sy rindu dia sgt2...