create your own banner at mybannermaker.com!
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker
Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Sabtu, 26 September 2009

kisah sang suami

kadang2 aku benci ng si suami
yang x sedar diri
bukan sbb miang keladi
or menggatal ng betina lain
tp sbb xsedar tanggungjawab yg digalasnya

ini cerita busuk
ini cerita benci
ini cerita jelak
lebih tepat..
ini cerita membuka pekung di dada

aku benci kau
terlalu taksub dgn ajaran tabligh
aku xsalahkan tabligh tue
tp aku salahkan SESETENGAH pengikutnya

tabligh ertinya menyampaikan
salah satu sifat Nabi
dan sbg umat Islam
mmg kita wajib menyampaikan ilmu Allah ini
tidak kira kpd penganut Islam atau tidak

tp kenapa perlu smpai 3-6bln ke luar negara
semata-mata nk menyampaikan agama Allah
nk belajar agama Allah
dh ketandusan ustaz/ulamak kah dlm M'sia nie?
dh xde insan kah dlm negara nie
yang kau nk sampaikan agama Allah tue?

sekali pergi xpelah jugak
tp smp tiap2 thn
dh mcm wajib plak
apa perlu nya??
baik kau pergi ke Mekah
Tanah Suci Allah
tunaikan rukun Islam kau yg belum cukup 5 tue

kau masih igt x?
kali pertama kau pergi
waktu isteri kau sarat
mengandung 7bln
anak yg ke-4
kau pergi 3bln
duit blanje kau tgglkn rm3oo

waktu tu hjg thn
anak2 nk beli pakaian baru ke sekolah
nk beli beg baru
nk byr yuran periksa itu ini
cukup ke duit kau tinggalkan tu?

kalau xde mak mertua kau
xdela merasa mereka berpakaian baru
si nenek kasihankan cucu2nya
udahnya si menantu naik minyak plak
smp ke skg si nenek pulak yg t'pksa membelikan
semua perkakasan sekolah mereka setiap hjg thn
senangnya jadi kau kan?
muka tembok..

aku xtaula apa dosa aku memperlekehkan dorg nie
tp aku masih waras
aku tau mana kaki aku berdiri
apa yg kepala aku junjung
dan apa yg bahu aku galas

sdgkan Rasulullah bersabda:
"beribadatlah kamu seolah kamu akan mati esok
dan berkerjalah kamu seolah kamu akan hidup seribu tahun lg"

majikan mana yg nk bg cuti smp 3-6bln?
sudahnya brenti keje
dlu kau suruh isteri kau brenti keje
duduk di rumah
jaga anak2 yg kian byk kau tambah
skrg dgn kau skali brenti kerja
anak kau 7org
xsedar kah kau?
xtahu membilang kah kau??

"alah ummi...rezeki tue Allah bagi"
mmg Allah bg rezeki
tp kau kena berusaha
meniaga smggu skali
cukup2 saje nk suap mkn anak bini kau
hal yg lain2 nk korek kt mana?

xkesian ke kt anak2 kau
anak2 org lain dpt mkn KFC,McD
anak kau dpt tgk iklan saje..

xkesian ke kt anak2 kau
kawan2 nye
baju raya sampai 2-3 pasang
anak kau ada sehelai saje
itu pon kain nya mertua kau beli
dan isteri kau yg xtahu menjahit
terpaksa menjahit sbb upahnya mahal

udahnya..mlm raya smpai ke pg raya
isteri kau dok menjahit lg
sbb xnak hampakan harapan anak2nya

anak2 lelaki kau
kau pakaikan baju melayu 2thn lepas
mana yg dh senteng
dibuka jahitan hujungnya
sedih aku tgk

raya ke2
aku jalan2 di pekan
jupe bj melayu dr kain pelekat
chomel
hny rm9.90 sbb nk habiskan stok raya

seronoknya anak2 kau
dicium aku bertalu2
xkesah mereka cantik atau tidak
murah atau mahal
mereka hanya kanak2 yg xtau menilai
tp mereka punya perasaan nk
menyarung baju yg baru

*hiba*

xkesian ke kt isteri kau
menahan rasa nak beli apa2
mungkin kasut baru
handbag baru ke
sofa baru
atau kereta baru

ntahla...
yg paling sakit hati
kau langsung xnak membantu
isteri kau nk uruskan semuanya hal kau
dari rambut ke tumit kaki kau
hal anak2 7 org dr siang ke mlm

apa kerja kau?
larikan diri ke masjid
konon nk solat sunat
pdhal membongkang kt sana
kan lebih aman..xde suara bising anak2

aish..........

bila blk kg
kau nak sume brg isteri kau siapkan
dr kemas baju,masuk beg,smpaila sumbat ke bonet
sume keje isteri kau
yg kau tu,brg kt kaki pon
kau xnak angkat
kau blah aje dan tempik isteri kau

"copeklah..jap lg dh paneh nk b'jln
keto xdo air-cond
nk lamo2 sini,tggl lah ekau.."

mcm nie ke sifat Rasulullah SAW?
apa yg kau belajar nie?

*geram*

paling sedih isteri kau

*diam*

kau bukan xpunya kudrat utk bekerja
kau bukan fakir miskin yg harapkan bantuan
bukak minda kau
sedut oksigen byk2 dlm pale otak kau tue
bangkit...
sedar...
bukak mata lihat sekeliling kau

jgn smpai kau bukak mata
munkar nakir dpn kau
soal kau tentang tanggungjawab
kau pada anak&isteri

*hela nafas..rasa berat sekali*

ini pula kisah hj.bakhil alaf baru
juga bergelar suami
sembahyang nya yg 5
xpernah sendirian di rumah
sentiasa berimam kerana mahu mengejar
pahala berjemaah
tiap kali surau perlukan bantuan
hampir cecah ribuan kau hulurkan

tetapi di rumah......

setiap hari lauk di rumah
ikan tongkol 2 potong ko bawa blk
kau ckp
"sedap ikan nie..fresh..
goreng panas2 makan dgn nasik..
betullll.....sedap!!"

tekak kau nie tekak plastik ke apa eh?
kalau mkn KFC hari2 pon leh muak
inikan pulak ikan tongkol?
hahahaha...

isteri kau malas nk byk bunyik
xnak gaduh ng kau
udahnya dia makan roti aje
dari bdn gebu..sehat..
jadik kurus kering
aduhai...x pulak kau sedar

sepjg ramadhan
slmt duit kau
isteri AJK Surau berbuka di surau
kau selamatkan diri
pegi masjid yg makan mewah2
lauk kambing la..daging panggang la..ayam golek
blk ke rumah kau sampaikan pulak
cerita yg kau makan sedap2 pd isteri kau
sikit pon kau x cebiskan utk dia merasa

hampir syawal
isteri kau ajak ke Jusco
katanya ada J-card day
kau pergi bawak dia
bila isteri kau nk beli cadar
kau ckp membazir
bila isteri kau mintak nk beli kasut raya
kau ckp
"awak igt saya nie banyak sgt duit ke?
nk mintak itu..mintak ini..."

sebak si isteri

sedangkan isteri kau jupe buku bank kau
br je smlm di depositkan ke akaun kau rm8000!
kasut rm39.90 pon kau ckp xde duit?
tggulah..Allah mufliskan kau nant!

smpai ke hari raya
sehelai baju raya pon kau xbelikan utk isteri kau
sedangkan baju melayu kau tempah 2 pasang
dan utk anak angkat kau 2 pasang
warna sedondon
jgnkan baju untuk isteri
kuih raya, sarung kusyen, alas meja
lagilah xde!

di pg raya
kau ckp xmau pulang raya ke kg isteri kau
masuk thn nie
dh masuk 4thn kau xnak pulang
sedangkan dgn isteri yg dh mati tue
xpenah pulak kau xpulang
mcm2 alasan kau beri

sedih isteri kau
nasib ada anak2nya di sampingnya
pulanglah dia ke kg
tanpa suami di sisi

*huh..ber-suami hny atas nama
realiti..umpama hidup menjanda!*

sehari sblm puasa
kau beli daging,paru,limpa
kau lambak kan kt dapur
kau arah isteri kau masak
seharian isteri kau di dapur
siapkan rendang mcm yg kau nak

bila mau pulang ke kg
si isteri ambil rendang separuh
sangka nya itu hak nya
kerana seharian memasak
tp isteri juga x ambil begitu saja
ditinggalkan not RM50
minta izin ambil rendang
umpama beli di kedai

sesampai di kg
isteri nk hidangkan pd adik beradiknya
air tgn rendang yg di masak nya
tetiba handphone nya berdering
kau hamput dia sbb amik rendang kau
kau ckp habis rancangan kau

agaknya;
anak sedare bekas bini kau nak datang
kau jugak nak bagi pada anak kau
yg beraya kt pusat pemulihan tu

dh tu,isteri kau xde hak?
sbb tu sume duit kau
so..kau nak pelahap sorg
konon,kalau duit kau
nk kena makan dlm rumah kau jugak
xbuleh bwk ke luar
undang2 apa kau pakai nie??

*diam*
*sakit hati*

gila...gila..
ini cerita gila
ini cerita gila yg realiti
yg jadi depan mata aku

apa guna jadi suami
kalau tanggungjawab kau ambik mudah
apa guna jadi suami
kalau kau sayang sgt dgn wang ringgit kau
kau mati
semua duit kau aku sumbat masuk sama kt liang kau nant

ya Allah
ampunkan aku jika aku berdosa
menceritakan semua ini
niat aku cuma satu
agar siapa yg membaca rasa jelak
dan apabila mereka jelak
mereka sedar
mereka nilai diri mereka
dan mereka tidak akan melakukan sedemikian rupa

ya Rahim
Kau tempatkanlah isteri2 ini
ke syurga-Mu
sesungguhnya Kau telah kurniakan mereka
hati yg paling suci
mampu bersabar
kerana xmahu derhakakan suami mereka
kerana mahukan keredhaanMu
aku sendiri xmampu punya hati sebegitu

ya Allah
aku tau
jodoh itu adalah urusan Mu
maka aku mohon padaMu ya Rabbi
Kau berikanlah aku suami
yang pengasih
pemurah
penyayang

kurniakanlah suami
yang akan melindungi aku
suami yg umpama dahan
untuk aku berpaut
di kala aku susah
suami yg umpama akar
sentiasa menggalas
dan menyokong aku

amin....

2 ulasan:

Unknown berkata...

am...sedeynyer baca tulisan ko...staright fwd tp menghibakan...aku doa pada tuhan,lindungi wanita2 itu...moga syurga menanti mereka...kerana ketaatan mereka... [speechless-terlalu sedey]

kaSih.CinTa.GadiS berkata...

thanx dear..
nie kes dh geram sgtla nie
tu yg stret 4wd aje!